23 Januari 2010
Majlis Pelancaran Everest
Trekking untuk Tabung Kebajikan Kebangsaan
Perseketuan Catur Brunei dengan usahasama
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan telah
melancarkan Kutipan Derma Tabung
Kebajikan Kebangsaan Melalui Projek Amal 'Everest
Trekking' yang akan mensasarkan untuk menaiki Kem Pangkalan Everest di Nepal.
Pelancarannya berlangsung pada hari
Sabtu (Januari 23) bertempat di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Project amal Everest Trekking ini
telah diresmikan pelancarannya oleh Yang Berhormat Pehin
Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Awang Haji Ahmad
bin Haji Jumat, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
Presiden
Perseketuan Catur Brunei, juga sabagai ketua rombongan, Awg. Hj Zainal bin Hj Md Ali dalam
kata alu-aluan beliau, menyatakan bahawa ekspedisi amal ini adalah sebagai menjunjung
titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan untuk membasmi kemiskinan
dinegara ini menjelang 2035.
Beliau
juga menekankan bahawa disebalik membawa pasukan pertama dari Brunei Darussalam untuk
menjejak kaki ke Kem Pangkalan Everest, apa yang penting adalah misi utama ekspedisi iaitu
untuk mengumpulkan wang untuk menolong orang-orang yang kurang berkemampuan di Negara ini
dan seterusnya memperbaiki kehidupan mereka.
100 peratus kutipan yang akan
diperolehi akan diberikan kepada Tabung Kebajikan Kebangsaan yang mana akan disalurkan
untuk pembinaan dan pembaikan rumah-rumah mereka yang kurang berkemampuan di negara ini.
Ekspedisi
amal ini akan bermula dari Lukla, Nepal dan pasukan ini akan berjalan kaki sejauh 60
kilometre ke Kem Pangkalan Everest (5360m atas paras laut). Ini adalah lebih tinggi dari
Gunung Kinabalu yang puncaknya terletak di ketinggian 4100m.
Di kem
tersebut, pasukan ini juga akan membuat perlawanan catur di satu tempat yang paling
tertinggi di dunia.
Dari Kem
Pangkalan Everest, pasukan ekspedisi ini akan berjalan kaki balik semula ke Lukla.
Keseluruhan
ekspedisi ini akan merangkumi sejauh 120 km dan mengambil masa 16 hari. Ianya akan bermula
dari 23 April sehingga 9 Mei 2010.
Sumbangan untuk Everest Trekking Amal boleh
dibuat melalui SMS dan juga di pejabat JAPEM. Untuk memudahkan lagi orang ramai untuk
menderma, mereka juga boleh menderma mengunakan chek di atas nama BCF Trekking
Amal di bank-bank HSBC dan untuk julung-julung kalinya melalui online di laman web
www.trekkingamal.com.bn. |